BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, April 21, 2009

Madah pujangga..


"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI: Semalam ~ Sudah menjadi sejarah. Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan. Esok ~ Hari yang belum pasti. Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua. HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS: Nafas Naik. Nafas Turun. Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian ALlah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya. Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini. HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN : Hidup dalam keredhaan ALlah. Hidup dalam kemurkaan ALlah. HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT : " Syurga dan Neraka "

Tolong ingatkan saya..

Assalamualaikum
Sahabat-sahabatku…
Nak minta tolong sikit boleh tak?

Tolong ingatkan saya
andai saya terlupakan Tuhan
dalam kelapangan dan kesibukan
dalam kesenangan dan kesusahan

Tolong ingatkan saya
jangan jadi anak derhaka
mak ayah dilupakan jangan
usah diluka hati dan perasaan

Tolong ingatkan saya
dengarlan dan bacalah Al-Quran
tika radio penuh hiburan
tika tv penuh hindustan

Tolong ingatkan saya
di mana silamnya zahirku
jika aurat didedahkan
disingkat, diketat dan dijarangkan


Tolong ingatkan saya
jadilah sahabat yang baik
sentiasa memberi peringatan
sentiasa menerima teguran

Tolong ingatkan saya
kalau bercinta biarlah keranaNya
dalam memilih utamakan iman
kelak ikatan dihindari syaitan

Tolong ingatkan saya
hidup ini satu kembara
kutiplah mutiara dalam perjalanan
moga di sana menjadi bekalan

Tolong ingatkan saya
diri ini milik Yang Kuasa
kepadaNya jiwa diserahkan
segala-segala Dialah tumpuan

Tolong ye ingatkan saya …

Blog pertamaku..

Setelah sekian lama membaca blog-blog sahabatku, akhirnya terdetik juga dihatiku untuk membina blog ini.Sebenarnya aku malas utk bina blog2 ni sebab malas nak taip menaip tapi mybe melalui blog ni, aku akan berbuat sesuatu yang bermanfaat darinya..aku pon arap2 begitulah..aku juga berharap pada sesiapa yang membuka blog ni kelak akan dapat manfaatnya juga..

Bak kata pepatah:,

"Kesedaran Lebih Baik Dari Seribu Impian, Satu Tindakan Lebih Baik Dari Seribu Kesedaran, Satu Matlamat Lebih Baik Dari Seribu Tindakan, Satu Keihklasan Lebih Baik Dari Seribu Matlamat. Mulakanlah Walaupun Sedikit, Melencong Seinci Rugi Seribu Batu "