BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, December 19, 2009

Kemalasan Tahap Super...

Pada masa dahulu, ada sebuah negeri dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka tidak ada yang malas.
Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku


Katanya : "saya adalah yang paling malas"

Katanya : kalu nak mkn saya malas nak masak

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku".


Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"

Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya".

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku".

Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"

maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan".

Maka raja pun terdiam.....
Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata:

"saya adalah yang paling malas tuanku".

Raja pun bertanya: "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"

budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas".

Friday, December 18, 2009

Night City Games dan Pesta Hoki USM Penang International 2009

Ni aku nak cerita sedikit mengenai perjalanan pasukan hoki IPGM Kampus Sultan Mizan pada 2 kejohanan terakhir sebagai penutup tirai tahun 2009..

Night City Games

Pada 21/11/09 yang lalu, team hoki IPGM KSM telah menghantar 2 pasukan dalam kejohanan Night City Games yang berlansung di Kompleks Sukan Gong Badak, Terengganu.Terdapat 2 kategori yang dipertandingkan iaitu kategori lelaki dan perempuan. Bagi kategori lelaki terdapat 9 pasukan yang masuk bertanding bagi merangkul gelaran juara..Kejohanan ini berlansung dalam keadaan hujan lebat kerana pada masa ini adalah musim tenkujuh..Selepas berhempas pulas, akhirnya pasukan Putera Mizan A telah layak untuk memasuki final dan akhirnya mendapat tempat kedua setelah kalah 5-2 kepada pasukan Always Hockey (team En Lokman)..rasenya mmg patut kalah pun sebab team diaorang semua bdk SUKMA Terengganu...Tempat pertama mendapat RM 500 dan kami di tempat kedua telah mendapat RM 300.Tahniah diucapkan pada team Putera Mizan A.

Pesta Hoki USM-Penang International 2009

Pada 11-13/12/09 yang lalu, sekali lagi pasukan hoki IPGM KSM telah menyertai Pesta Hoki USM-Penang.IPGM KSM telah menghantar 3 pasukan iaitu 2 pasukan lelaki dan 1 pasukan perempuan tetapi malangnya pasukan perempuan tidak dapat hadir kerana terdapat masalah-masalah tertentu yang tidak dapat dielakkan.(mmg rugi pada pasukan hoki perempuan sebab xdapat sertai kejohanan ni).1 team lelaki diwakili oleh IPGM KSM dan 1 team lagi diwakili oleh budak-budak hoki SIPMA yang dibawa oleh En Lokman..

Putera Mizan A telah layak untuk memasuki pusingan kedua setelah menjadi naib juara kumpulan. Pada pusingan kedua, Putera Mizan A telah kalah 1-0 kepada SSOB.Kredit patut diberikan pada penjaga gol Putera Mizan A, Abdul Halim (keeper import) setelah banyak menyelamatkan gawang daripada dibolosi berganda..Tahniah diucapkan dan diharap pada tahun hadapan Putera Mizan akan pergi lebih jauh lagi..

Antara Kenangan Manis Pesta Hoki USM-Penang International 2009