BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 24, 2010

Kejohanan Hoki USM Penang International 2010



Pada 10-12 Disember 2010 yg lepas, sekali lagi team IPG KSM menghantar 2 pasukan untuk berentap di Kejohanan Hoki International USM Penang 2010..Mizan A dan Mizan B..Team yg same semasa menyertai Kejohanan Hoki UNITEN tetapi hanya beberapa player IPG xdpt datang..Disini aku nak kongsikan beberapa kenangan manis kami disana..


Mizan A



Pusingan kedua Mizan A


Mizan B


Selepas game pusingan kedua


coach sampai gigit jari...

Saturday, November 6, 2010

Gambaran Hari Qiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber: Amar Sufi

Thursday, November 4, 2010

Jom tengok video lucah hari ni kawan2!! best!!

Perhatian kepada sahabat-sahabat, sebelum anda membaca artikel ini, saya sarankan agar anda membacanya dalam keadaan tenang, kerana artikel ini boleh dikatakan keras, pedas dan pasti sangat terasa. . Tujuan saya menulis artikel ini bukanlah untuk menghina kaum wanita atau lelaki, jauh sama sekali, bahkan tujuan saya untuk menasihati, dan cara yang saya lakukan pelbagai. Ada yang perli, lawak atau keras. Apapun jika ada sebarang komen atau kritikan saya harap sangat anda boleh komen, yang terasa saya minta maaf..saya masih baru dalam penulisan macam ni =).


"Hmm, nak tengok laman apa pulak ei harini?. Hari-hari asyik tengok laman XXX je. Dah naik bosan tengok aksi yang sama, nak trylah search laman lain pulak, mana tahu ada adegan atau awek-awek yang lebih mantoppp!." Keluh si pemuda...


Si pemuda mula menggerak-gerakkan tetikusnya (bukan tikus kat longkang tu) untuk memilih search engine yang terbaik dari yang terbaik. Pilih punya pilih, ha dah dapat! ini dia!...al-syekh Google. Sesudah al-Syekh google terpampang di hadapan screennya, maka, dengan pantasnya si pemuda mula menekan-nekan butang keyboardnya untuk menulis laman-laman porno yang sedang bermain di kepala hotaknya. Pikir punya pikir punya pikir, ha dah dapat, baikkk punya!..dan tibalah masa bagi si pemuda untuk menekan butang enter.

"Tunggu dulu wahai saudaraku!."

Terdengar satu suara misteri yang tidak diketahui dari mana arah datangnya, suara misteri itu agak garau dan kasar. (Tkut ei?. Actuallay ni suara penulis, garau sebab hilang suara.)

"Saudaraku, sebelum kau meneruskan niat itu, berilah aku sedikit masa untuk memperkatakan sesuatu yang mungkin tidak kau ketahui sebelum ini, dan apa yang aku akan aku perkatakan ini mungkin akan membuatkan kau membatalkan niat kau sebentar tadi." - kata penulis.

"Wei cepat la, aku tak tahanlah, bajet alim!." - marah si pemuda

"Ah kau!. Agak-agak sikit, macam kau dah cukup baik je!." - balas penulis

"Siut la wei!. Datang ar depan-depan kalau berani." - si pemuda semakin marah

"Kau citta lebih la wei!. Sat gi aku datang kau lari lak!." - Alhamdulillah, penulis tidak mengalah

(Eh sorry!. Dah mengarut dan menyimpang jauh sangat dah kita ni!. Astaghfirullah, kita sambung semula kisah ini.)

"Saudaraku, pernahkah kau mendengar ayat ini?."

“Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman agar mereka tundukkan pandangan dan memelihara kemaluan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang mereka lakukan.” (Surah al-Nur: 30)

"Saudaraku, sesungguhnya kata-kata ini, bukanlah kata-kataku. Sebaliknya, inilah kata-kata Allah. Tuhan Yang Maha Agung, Tuhan yang telah Menciptakan kau dan aku dengan penuh kasih sayang. Tidakkah di dalam ayat ini, Allah memerintahkan kepada orang yang beriman supaya menundukkan pandangan mereka?. Dari apa?. Sudah tentu dari melihat perkara-perkara yang haram. Antaranya termasuklah melihat wanita yang bukan mahram. Saudaraku!. Tidakkah apa yang kau ingin melihat ketika ini ialah melihat wanita yang bukan mahram?. Adakah ini perintah Tuhan kau?. (merah padam muka mamat tu).

...dan memelihara kemaluan mereka. "Ya!. Memelihara kemaluan dari keburukan kerana setiap manusia yang wujud di muka bumi ini mempunyai tanggungjawab ke atas apa yang telah dikurniakan oleh Allah. Setiap yang dikurniakan itu mempunyai peranan yang wajib dipatuhi dan ditaati sepenuhnya oleh setiap manusia. Antara kurniaanNya ialah kemaluan, yang tanpanya manusia sama sekali tidak akan mampu hidup..dan sudah tentu, kemaluan mempunyai peranannya yang telah ditetapkan Allah yang wajib dipatuhi!. Apakah pula peranannya?. Peranannya selain untuk mengeluarkan kekotoran dari tubuh badan ia juga berperanan untuk mengembang biak umat manusia!. Untuk menghasilkannya, kemaluan itu perlu disalurkan ke tempat yang SAH dan HALAL! iaitu pernikahan!. Saudaraku!. Tidakkah apa yang kau ingin melihat ketika ini akan menggunakan kemaluan?. Adakah ini halal?. Mahukah kau merosakkan keturunan kau?. Fikirkanlah..."

"Selepas menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan, Allah mengatakan, Yang demikian itu lebih suci bagi mereka...Ya!. Suci bagi memelihara kesejahteraan jiwa dan agar dapat mempraktikkan kehidupan dengan berdisiplin dan bermaruah. Apatah lagi, dengan cara ini mereka juga akan berjaya mengawal nafsu jahat yang sentiasa bergerak aktif dengan bantuan Syaitan yang memainkan peranan siang dan malam menanti peluang menghanyutkan anak Adam ke lembah dosa dan kebinasaan.

Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka lakukan..."Mungkin kegembiraan sedang menguasai fikiran kau kerana perlakuan kau tidak dilihat oleh sesiapun, kau menyembunyikan diri kau di dalam bilik. "man, buat pe tu?." kata ibu kau. "Oh, tengah baca buku." - kata kau tersenyum gembira kerana berjaya membohongi ibu kau sendiri!."

"Saudaraku!. Bersembunyilah!, nescaya Allah Mengetahui, berbisiklah!, nescaya Allah tetap Mengetahui. Sehinggakan apa yang ada di dalam lubuk hati seseorang itu juga turut diketahuiNya. Janganlah kau cuba berdalih atau mencari alasan untuk menghalalkan perbuatan kau yang jelas bertentangan dengan perintahNya. Kerana...Dia Tuhan yang Maha Mengetahui...

"Saudaraku!. Sesungguhnya perlakuan zina itu bermula dengan pandangan mata yang tidak dikawal oleh iman dan takwa. Bermula dengan melihat aurat wanita, ia membawa seseorang itu berkenalan dengan lebih rapat, menjalin hubungan dengannya, dan seterusnya berlaku perzinaan dan berakhir dengan pembuangan bayi. Nauzubillah.."

Saudaraku, batalkanlah niat itu, dan marilah menyahut sahutan Rasulmu;

“Bertakwalah kamu kepada Allah di mana kamu berada dan gantilah sesuatu dosa itu dengan pahala, nescaya ia (pahala) akan menghapuskannya (dosa) dan berakhlaklah terhadap manusia dengan akhlak yang mulia.” (hadis riwayat Tirmizi)"

Jika kau merasakan diri kau digelapi dan disaluti dosa yang menggunung, janganlah bersedih dan janganlah berputus asa, sebaliknya teruslah memburu rahmat dan pengampunan Tuhanmu yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.

Rasulullah sallahu alaihi wasallam bersabda: Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya. Dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hamba-Ku in, buatlah apa yang kau mahu Aku ampunkan engkau. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

"Hadis ini bukanlah memberi lesen kepada manusia melakukan dosa, tetapi menceritakan hal seorang hamba yang bertaubat bersungguh-sungguh namun gagal mengawal dirinya lalu tetap terjatuh ke dalam dosa. Setiap kali berdosa, dia ikhlas memohon keampunan dan dia tetap diampun oleh Allah."

"Hadis ini dapat memberikan semangat kepada mereka yang telah melakukan dosa berulang kali untuk terus bertaubat dan bukanlah berputus asa dengan terus mengikut jejak langkah syaitan. Walaupun barangkali orang lain akan menyebut kepadanya “tidak guna kau bertaubat, sudah berapa kali kau tetap gagal kekal atas taubatmu”, namun Allah tidak berkata demikian. Dia Yang Maha Pengampun tetap membuka pintu selagi hamba-Nya itu jujur dan ikhlas merintih kepada-Nya."

"Jika Allah menutup pintu rahmat dan ampunanNya, maka kekecewaan akan meliputi jiwa hamba yang seperti ini dan akhirnya dia akan tetap terus tenggelam dalam kejahatan dan kegelapan. Namun dengan dibuka seperti ini, insan akan terus berusaha kembali kepada Allah setiap kali tergelincir."

oleh: Abu Muawiyah

*Dibenarkan untuk menyebarkan artikel ini, tetapi perlu disertai dengan sumbernya, dan anda dilarang sama sekali untuk mengedit mana2 part kerana takut terdapa puak-puak yang ingin 'sabotaj' dan takut terjadinya salah faham. Syukran!.

sumber: http://www.syok.org/portal/forum/viewthread.php?forum_id=11&thread_id=114311

Thursday, September 30, 2010

Apa Guna Baca Quran???

Tersebut kisah seorang datuk dan cucunya tinggal di tepi sungai. Mereka adalah beragamaIslam. Setiap pagi datuknya membaca al-Quran dengan suaranya yang merdu mengalunkan ayat-ayat indah Al-Quran dan menyuruhnya cucunya mengaji Al-Quran.

Didesak rasa ingin tahu,si cucu bertanya, “Mengapa Datuk selalu membaca Al-Quran? Menjadi rutin, setiap pagi?” Menurut si cucu, sukar untuk memahami kandungan ayat-ayat Al-Quran tersebut,walaupun setelah membaca terjemahannya. “Mengapa memaksakan diri membaca sesuatu yang tidak kita mengerti?”

Mendengar pertanyaan tersebut, si datuk terdiam. Dia tidak menjawab sebaliknya si datuk menyuruh cucunya mengambil air di sungai berdekatan rumah mereka menggunakan bakul bekas arang. Bakul tersebut hitam legam maklumlah bekas tempat arang.

Walaupun tidak faham dan tidak berpuas hati kerana datuknya tidak menjawab soalannya tadi, si cucu mengikut apa yang disuruh oleh datuknya iaitu mengambil air di sungai menggunakan bakul. Tetapi setiap kali air diceduk menggunakan bakul biasalah air akan keluar dari lubangbakul yang diperbuat dari rotan tersebut.

Si cucu memberitahukan hal tersebut kepada datuknya, mustahil untuk mengambil air menggunakan bakul rotan tersebut. Tetapi datuknya menyuruhnya mencuba lagi. Dengan patuh, sang cucu kembali ke sungai dan menceduk air dengan bakul tersebut. Dapat diceduk tetapi air dengan cepat keluar balik. Cucu tersebut berfikir,si cucu memutuskan untuk berlari sambil membawa bakul berisi air tersebut. Mungkin saja setibanya di rumah masih ada air yang tersisa di bakulnya.

Namun begitu bakul tersebut tinggal kosong ketika si cucu sampai rumahnya. Airnya sudah keluar sepanjang perjalanannya. Tidak menerima kegagalan, sang datuk tetap menyuruh si cucu untuk kembali ke sungai dan mengambil air dengan bakul rotan tersebut.

Berkali-kali cucunya berlari dari sungai menuju rumahnya sambil membawa bakul berisi air tersebut. Dia cuba berlari dengan lebih laju, namun hasilnya tetap sama: air sungai tersebut tak pernah sampai ke rumahnya, ke hadapan datuknya. Termengah-mengah,si cucu akhirnya berkata pada datuknya bahawa benar-benar mustahil mengambil air dengan bakul rotan tersebut.

Mendengar pernyataan cucunya, datuknya tersenyum. Ia mengajak cucunya duduk dekat. Lalu berkata,”Begitulah cucuku. Maaf membuatmu penat. Memang tidak ada air yang sampai kesini. Tapi lihatlah, adakah perubahan yang dapat kau lihat pada bakul tersebut?”

Si cucu memperhatikan bakul yang dibawanya tadi untuk pertama kali. Benarlah, ia memang tidak menyedari sebelumnya karena terlalu memikirkan cara bagaimana membawa air dengan bakul tersebut, tapi bakul yang tadinya hitam legam kerana arang tersebut sekarang sudah bersih, berwarna asli seperti rotan asalnya.

“Seperti itulah membaca Al-Quran,” ucap si datuk. “Mungkin masa ini kita belum faham ertinya, belum mengerti pengajarannya. Tapi tanpa kita sedari, ayat-ayat yang selalu kita lantunkan tersebut membuat hati kita bersih dari noda-noda kehidupan, dari buruknya sifat-sifat makhluk fana yang mungkin bersemayam dalam hati kita. Amalkanlah membaca Al-Quran cucuku, sebagai alat pembersih hati.”

Si cucu masih terduduk lelah dengan nafas sedikit termengah-mengah, namun ia mengangguk faham. Rasa ingin tahunya dapat jawapan yang memuaskan hatinya, ia mendapat sesuatu yang berharga hari itu.
Ya Allah bimbinglah hambaMU ini untuk selalu membaca Firman-firman-Mu setiap hari, timbulkanlah rasa rindu di hati ini untuk selalu mengkaji kitab-Mu. Aamiin.

Credit to:
http://hakaluka.blogspot.com/

Wednesday, June 2, 2010

Kisah di sebalik Facebook yang perlu anda tahu

1. Kes Penceraian dan keretakan Rumahtangga.

Menurut sebuah syarikat guaman, hampir satu daripada lima tuntutan cerai yang diuruskannya menyebut Facebook sebagai satu daripada punca.

Pengarah Urusan, Divorce-Online http://www.divorce-online.co.uk/ Mark Keenan berkata: “Saya terdengar kakitangan saya berkata, ramai orang yang bercakap mereka mengetahui kecurangan teman hidup mereka dalam Facebook.

“Saya mengambil keputusan untuk mencari bagaimana serius keadaan itu.

“Saya terkejut apabila mendapati 20 peratus daripada tuntutan cerai merujuk kepada Facebook.


“Alasan paling lumrah ialah pengguna laman itu bersembang mengenai seks dengan orang yang tidak berkenaan.” http://www.telegraph.co.uk/technology/facebook/6857918/Facebook-fuelling-divorce-research-claims.html

--------------------------------------
Setelah 6 tahun berkahwin, Emma Brady dan Neil Brady berpisah. Emma yang terkejut dengan berita itu diberitahu oleh kawannya di Denmark yang suaminya telah membuat pengumuman di Facebook bahawa mereka telah bercerai melalui status, "Neil Brady has ended his marriage to Emma Brady" 'Neil Brady telah mengakhiri pernikahannya dengan Emma Brady'.
Emma sangat kecewa karena perpisahan yang dilakukan dengan mendadak tanpa berbincang terlebih dahulu.

http://www.dailymail.co.uk/news/article-1136503/Husband-dumps-wife-online-message-worlds-divorce-Facebook.html

--------------------------------------------------
Keretan rumah tangga juga terjadi di kalangan rakyat Malaysia. Setelah 14 tahun mendirikan rumah tangga, kemudian isteri meyertai facebook dan mula berjumpa kembali teman2 lama. Bermula dengan sembang kosong di facebook dan sebok melayan kawan lelakinya yang kini sudah menjadi suami orang, kini galak bergayut di telefon pula!!

myMetro | Isteri kemaruk Facebook

Pada mulanya dia mencari rakan lama dari zaman sekolahnya. Selepas berjaya menemui beberapa orang, dia berhubungan dengan mereka. Yang saya tak suka, kawannya bukan hanya perempuan, sebaliknya ramai juga lelaki.

Saya tidak suka dia bersembang dengan rakan lelakinya biarpun hanya melalui Facebook. Pernah saya menyindirnya dengan memberi contoh kejadian negatif yang berlaku pada masa ini jika terlalu asyik bersembang melalui Internet, tapi katanya saya cemburu.

Dia langsung tidak memikirkan perasaan saya sebagai suami. Baginya, apa yang dia lakukan tidak menyalahi hukum agama. Saya pula berpendapat saya ada hak untuk curiga dan menghalangnya berbuat demikian kerana semua rakan lelakinya di Facebook sudah berkahwin.

Lebih mengecewakan, daripada bersembang melalui Internet, kini mereka galak pula berbual melalui telefon.

Jadi, saya bimbang jika selepas ini mereka merancang untuk berjumpa pula. Dia seolah-olah lupa kawan lelakinya juga sudah berkahwin. Kenapa dia suka sangat berbual dengan suami orang?




2. Melemahkan Generasi Muda Arab

Penelitian ini dilakukan oleh Islam Hijazi, sebuah badan peneliti di Fakulti Ilmu Pengetahuan Politik di Universiti Kaherah, Mesir, dan juga International Centre for Future and Strategic Study in Cairo.


Menurut Islam Hejazi di waktu ini ramai pengguna Facebook bertukar menjadi aktivis alam maya sahaja. Mereka tidak dapat menyatakan menyelesaikan dan memahami permasalahan dunia yang sebenar.
Sebagai contoh, Ketika berlaku apa-apa kejadian ke atas umat Islam, mereka hanya cukup dengan membuat sepanduk, kecaman, atau kumpulan-kumpulan di wall Facebook, dan seterusnya, mereka merasa aman tentang kewajiban yang lain. Tiada tindakan susulan yang dapat mereka laksanakan. Dalam arti lain, para penguna Facebook di negara Arab yang berusia muda hidup dalam dunia yang penuh kepalsuan. (sa/dlhyt)



3. Penghapusan akaun PRO ISLAM dan JIHAD

Pihak Pengurusan Facebook dengan semena-mena menghapus akaun milik Syaikh 'Aidh al Qarni tanpa memberikan alasan apapun tentang penghapusan akaun beliau.

Pihak Pengurusan Facebook tidak menjawab soalan yang bertubi-tubi yang ditanyakan oleh pembela dan peminat Dr. Sheikh Aidh al Qarni. Mereka memadam akaun Dr. Sheikh Aidh al Qarni tanpa sebarang alasan yang jelas.


Selain itu, pihak Facebook juga telah banyak memadam akaun yang lancang menyuarakan Islam dan Jihad di Internet. Salah satunya adalah group Cyber Jihad Community yang dibuat oleh Muhammad Jibriel Abdul Rahman yang juga merupakan pimpinan dari Ar Rahmah Media.

Walau bagaimana pun setiap group yang mati akan diganti baru oleh ahli-ahli komuniti yang lain. Yang ingin dinyatakan di sini, mengapa banyak group yang mempunyai unsur pornografi dan lain-lain tidak ditutup??

sumber asal:

http://ajaibbenar.blogspot.com/2010/02/kisah-di-sebalik-facebook-yang-perlu.html

Friday, March 19, 2010

Tips Pengguna Facebook


Ni aku nak kongsi dengan kalian semua berkenaan tip menggunakan Facebook agar lebih berhati-hati supaya tidak ketagihan nanti...

1. Memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Jesteru, ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.
2. Jaga aurat dan pandangan mata. Jgn memuat turun gambar yg tidak lengkap penutupan auratnya(khususnya wanita), apatah lagi yang bebar2 mendedahkan aurat.
3. Elakkan mengumpat dalam facebook.
4. Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri sendiri dan org lain.
5.Tidak mempercayai aplikasi tilik moden seperti rahsia tarikh lahir dan sepertinya yg terkandung dalam aplikasi percuma Facebook, sama ada dasar suka2 atau sebaliknya.
6. Menyedari bahawa maklumat kita di Facebook boleh menjadi database pihak asing untuk memantau kehidupan dan informasi peribadikita jika tidak terkawal. Database sebegini sebenarnya amat bernilai malah ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana Facebook. Maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk pelbagai tujuan kejahatan dan ketamakan.

Sumber: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman (Solusi 17)

Tuesday, February 23, 2010

Khas untuk Suami@Isteri Tercinta

Lagu ini mempunyai makna yang besar bagi suami@isteri yang mencintai antara satu sama lain..Lagu yang menjadi inspirasi untuk membentuk baitul muslim yang sebenarnya..


video

Friday, February 19, 2010

Salahuddin Vs Richard the Lion

Suatu Malam.. Richard the lion Raja England , musuh salahuddin sedang sakit didalam khemah tentera kristian..
Tiba2 ada satu kelibat manusia datang kepada Richard the lion untuk merawat penyakitnya.. siapa sangka manusia itu musuh Richard sendiri.. Solahuddin Al-Ayubi.. Beliau sanggup menyamar dan membuang perasaan benci untuk merawat musuhnya sendiri. Subhanallah..

Pernah diceritakan, Salahuddin Al-ayubi pernah berhadapan Richard the lion untuk menunjukkan kehebatan dan kemahiran masing2. Richard the lion yang berbadan sasa mengambil pedang dari sarungnya dan dengan penuh tenaga menghunus kearah sebiji batu besar.. batu itu terbelah..
Apabila tiba giliran Salahuddin.. Salahuddin lantas mencampakkan sehelai kain sutera kelangit dan menghulurkan pedangnya,. Kain sutera dengan perlahan jatuh dan hinggap dimata pedang.. Kain itu terpotong dua kerana tajamnya mata pedang salahuddin.

Dalam medan peperangan beliau bagaikan seorang ibu yang
garang kehilangan anak tunggal akibat dibunuh oleh
tangan jahat.

Beliau akan bergerak dari satu hujung medan
peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan
tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah
semata-mata. beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok
tanah air dengan mata yang berlinang mengajak manusia
supaya bangkit membela Islam.

Ketika mengepung Acre beliau hanya minum, itupun
selepas dipaksa oleh doktor peribadinya tanpa makan.
Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan
beberapa suap makanan semenjak hari Jumaat hingga
isnin kerena beliau tidak mahu perhatiannya kepada
peperangan terganggu ..


Asakan Tentera Islam teramat dashat
Memaksa Tentera Kristian menyerah kalah.
tiada lagi pertempuran berlaku


Ketua tenteta kristian menunggang kuda menuju kearah Salahudin Al-Ayubbi didepan Baitul Maqdis..

"Adakah kamu orang islam akan memperlakukan kami seperti mana kami memperlakukan keatas orang2 kamu terdahulu?" Kata Ketua Tentera Kristian

Semasa Kristian berjaya menawan Baitul Maqdis dahulu,jalan-jalan
di jerusalem 'tersumbat' dengan mayat-mayat, orang-orang Islam
yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah
dari jarak dekat di atas bumbung dan menara
rumah-rumah ibadah. Darah merah mewarnai bumi palestin akibat pembunuhan orang islam beramai2.



" Kami orang islam tidak seperti kamu" Jawab Salahuddin Al-Ayubi.

Jawapan ini telah menyebabkan ramai orang kristian memeluk islam akibat keindahan akhlak yang ditunjukkan Salahuddin Al-ayubbi..

Salahuddin tidak membalas tindakan mereka membunuh orang islam yang tidak bersalah semasa orang kristian menawan baitul maqdis. Bersesuaian dengan tuntutan Islam, Orang awam tidak boleh dibunuh dalam peperangan..




Hari itu, Langit begitu Cerah
Laungan "Allahhu Akbar" dan "Tiada tuhan melainkan
Allah" telah memenuhi langit..
Para tentera tersenyum girang..
Pada jumaat,
27 Rajab 583H
bersamaan dengan tarikh peristiwa iskraj mikraj Rasulullah SAW.
Baitul Maqdis Ditawan Tentera Mukmin.
Ramai orang yang terdiri dari ulama,
pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa
datang merayakan gembira kemenangan ini
Selepas menunggu hampir 90 tahun
kini sembahyang Jumaat telah diadakan
semula di Baitul Muqaddis. ALLAHUAKBAR!
Salib yang terpampang di 'Dome of Rock' telah diturunkan.
Betapa Hebatnya hari itu hanya allah yang tahu..
Kemenangan Seluruh Umat Islam
Kemenangan Atas Kemenangan


Bacaan Seterusnya
sila lihat di

http://pengembaraanmencarituhan.blogspot.com/

Tuesday, January 12, 2010

SEX = FUN



Percaya atau tidak..rumus Matematik ini macam ni..aku blajar matematik selama ini pun tak pernah guna rumus macam ni tapi inilah hakikatnya..so, belajarlah matematik ye...

Wednesday, January 6, 2010

8 Cara Menjadi Suami Yang Terhebat

Setiap isteri amat mendambakan seorang suami yang boleh menjadi pembantu dan juga penyenang hatinya, bukan hanya si isteri sahaja yang perlu menyenangkan dan juga menolong suaminya. Inilah rahsia kebahagiaan rumah tangga yang jika suami dan isteri sama-sama dapat memahami dan memenuhi keperluan dan kehendak pasangannya, rumah tangga yang sedia terbina akan terus terjalin bahagia dan dibarkahi.

Berikut adalah beberapa tip yang boleh dijadikan panduan kepada suami mahupun bakal suami dalam meningkatkan pengetahuan tentang kehendak hati isteri dan sekaligus meningkatkan kepercayaan dan keyakinan si isteri terhadap suami dalam memimpin keluarga.

1. Imam Solat
Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya. Maka isteri akan hormat kerana suaminya mempunyai kredibiliti yang sememangnya menjadi tuntutan dalam berkeluarga. Mampu menjadi imam dalam solat adalah tanda bahawa suaminya mampu memimpinnya ke jalan yang lebih baik dalam agama.

2. Mengajarkan ilmu-ilmu agama
Ini adalah perkara mencabar untuk anda wahai bakal suami dan para suami kerana bukan untuk kita membimbing keluarga dengan ilmu-ilmu agama. Ramai di antara kita hari ini mampu menyediakan peralatan hiburan di rumah tetapi tidak dapat menyediakan peralatan untuk mengajarkan ilmu-ilmu agama. Sekiranya kita tidak mampu, carilah guru yang dapat membimbing kita dan keluarga kita.

3. Suami yang matang
Ramai suami nampak matang sebelum mendirikan rumah tangga, tetapi hakikatnya tidak setelah mereka berkeluarga. Suami perlu matang dalam memberikan keputusan kerana isteri tetap akan meminta pandangan suami walaupun dia mungkin dapat membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.

4. Pandai Memasak
Suami adalah penjaga kepada isteri dan anak-anak. Jangan kita hanya menjadi suami yang hanya tahu memakan air tangan isteri, kerana sebenarnya isteri juga akan lebih menyayangi suami yang pandai memasak. Air tangan suami juga mampu mengeratkan hubungan antara suami isteri dan juga anak-anak.

5. Suami yang ‘independent’
Tahu menguruskan diri sendiri. Jangan hanya mengharapkan isteri untuk membasuh pakaian dan menggosok baju kerana ada waktunya mungkin isteri kita tidak dapat melakukan itu semua. Suami yang mampu melakukan kerja-kerja isteri mampu kelihatan comel dan romantik di mata si isteri. Cubalah, anda pasti akan nampak hasilnya nanti!

6. Mempunyai prinsip dan pendirian
Suami tidak boleh kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut pandangan ahli keluarga sekiranya berlaku masalah keluarga.. Pendirian ini akan menunjukkan bahawa anda suami yang hebat di mata isteri. Pandangan ahli keluarga hanyalah pembimbing bukanlah keputusan kepada masalah anda.

7. Menjaga anak-anak bersama isteri
Banyak berlaku di kalangan kita, isteri ditatang bagai minyak yang penuh ketika sedang mengandung, tetapi setelah selamat bersalin suami hanya menyerahkan penjagaan anak kepada isteri sepenuhnya. Lebih-lebih lagi jika anak yang dilahirkan bukan anak sulong. Isteri mengalami kepenatan menguruskan rumah tangga 2 kali ganda selepas melahirkan anak. Tanggungjawab ini juga perlu dirasai oleh suami. Bersamalah bangun malam ketika anak menangis kelaparan. Pastinya isteri akan lebih menghargai kerjasama yang anda berikan.

8. Jadilah suami serba tahu
Suami yang serba boleh dengan erti kata mempunyai pengetahuan yang serba-serbi. Isteri amat rasa kagum apabila suaminya mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang. Baik dari selok-belok rumah tangga, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya. Suami yang sebegini bukan sekadar disayangi isteri bahkan juga disayangi mertua.

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM