
Percaya atau tidak..rumus Matematik ini macam ni..aku blajar matematik selama ini pun tak pernah guna rumus macam ni tapi inilah hakikatnya..so, belajarlah matematik ye...
Tuesday, January 12, 2010
SEX = FUN
Posted by great_teacher at 7:19 AM 0 comments
Labels: Tentang Dunia
Saturday, December 19, 2009
Kemalasan Tahap Super...
Pada masa dahulu, ada sebuah negeri dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka tidak ada yang malas.
Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku
Katanya : "saya adalah yang paling malas"
Katanya : kalu nak mkn saya malas nak masak
Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku".
Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"
Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya".
Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku".
Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"
maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan".
Maka raja pun terdiam.....
Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata:
"saya adalah yang paling malas tuanku".
Raja pun bertanya: "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"
budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas".
Posted by great_teacher at 5:50 AM 0 comments
Labels: Tentang Dunia
Saturday, November 14, 2009
Kisah Jam Tangan

Sem ni aku telah beli jam baru setelah beberapa jam yang aku beli dah rosak..mmg patut rosak pun.jam murah..ni aku beli yang mahal terus.arap2 la pasni dah tak rosak dah. Ni aku nak kongsi 1 cite tentang jam tangan....
.............
.............
.............
Seorang pemuda sedang dalam perjalanannya kembali ke Kuala Lumpur menaiki keretapi Mel-malam. Antara penumpang yang ramai ada seorang tua yang duduk disebelahya. Setelah lama berdiam diri, sambil menguap si pemuda bertanya kepada orang tua tersebut, " Pakcik, pukul berapa sekarang?"
Sebuah pertanyaan yang biasa, yang kadangkala kita tujukan kepada sesiapa pun. Dan selalunya kita akan mendapat jawapan. Namun kali ini sungguh diluar dugaan, orang tua tadi berdiam diri sahaja. Mungkin orang tua ini kurang pendengaran, berkata pemuda tersebut dalam hatinya. Dia mengulangi pertanyaan sampai 3 kali. Namun orang tua itu tetap berdiam diri tanpa sebarang riak dari wajahnya.
Pemuda tersebut mencuit orang tua tersebut dan berkata, "Saya hairan mengapa pakcik tidak menjawap pertanyaan saya? Salahkah saya bertanya?"
Orang tua itu menoleh sambil berkata, "Bukannya saya tidak mahu menjawap, tapi nanti kalau saya jawap, kita pasti akan bersoal jawap mengenai soal ini soal itu, dan akhirnya kita akan bertambah mesra." Si pemuda termangu mendengar ceramah orang tua itu.Terus dia bertanya lagi, "Lalu apa salahnya kalau kita menjadi lebih mesra?"
Orang tua itu berkata lagi, "Apabila kita bertambah mesra ketika anak gadis dan isteri saya menjemput saya di Kuala Lumpur, nanti kita akan turun bersama-sama. Dan saya pasti mengenalkan mereka kepada kamu."
Si pemuda itu tambah bingung dan tidak tentu arah. "Kemudian?" tanyanya lagi."Isteri saya orangnya baik sekali kepada semua orang, takut nanti dia mempelawa anda ke rumah. Nanti kamu akan mandi dan berehat di rumah saya,dan juga akan kami jamu di rumah saya. Setelah itu kamu boleh menjadi rapat dengan anak gadis saya dan kamu akan menjadi teman lelaki anak saya. Lama-lama kamu akan menjadi menantu saya," katanya lagi.
Si pemuda yang tadi sudah bingung sekarang semakin bingung.Terus dia bertanya, "Pakcik, apakah hubungannya semua ini dengan pertanyaan saya yang pertama? Sambil berdiri orang tua tersebut menjawap dengan lantang,
"Masalahnya?,
SAYA TIDAK MAHU MEMPUNYAI MENANTU SEPERTI KAMU. JAM TANGAN PUN TAKDERRR!"
Posted by great_teacher at 3:21 AM 1 comments
Labels: Tentang Dunia
Wednesday, September 16, 2009
Entry untuk hari ini....
Hari ini aku nak kongsi satu cerita suka2 sebab bosan sangat2 ni...Bila baca ni, terpikir gak betul ke semua ni berlaku antara anak dan mak.Adakah anak2 zaman sekarang sudah pandai berfikir seperti itu?Tapi apa yang aku belajar, budak2 akan ikut jer pe yang mak ayah dia ajar@cakap..So jadilah mak@ayah yang baik2 ye..kepada yang berkenaan...
Pada satu petang, si ibu membawa anaknye berusia 4 thn bersiar2.Menaiki kete.
Dlm perjalanan si ibu membunyikan hon.
Anak : Naper ibu bunyikan hon & saper org tu?
Ibu : Tu sedara kiter, kenalah hormat.
Dlm perjalanan mereka seterusnya mereka terserempak dgn seekor lembu yg
nak melintas lalu si ibu membunyikan hon.
Anak : Itupun sedara kiter jugak ke???
Posted by great_teacher at 7:59 PM 1 comments
Labels: Tentang Dunia
Thursday, August 13, 2009
Tolong Check Karangan Saya...
nanti kita dah jadi guru kelak,kita akan jumpa pelbagai ragam murid-murid..ni aku nak tunjuk 1 karangan kat semua..fikir2 lah sendiri ye..
Posted by great_teacher at 7:07 PM 0 comments
Labels: Tentang Dunia
Sunday, August 2, 2009
malaysia vs japan
Oh hai yo ku zai mas................MALAYSIA BOLEH !!!!...............
A Japanese man was in a hurry to go to the KLIA airport, so he took
a Proton taxi. The taxi driver took his sweet time driving within the
speed
limit but the Jap was getting impatient.
The following is their conversation on the way to the airport.
A Toyota Camry overtook the taxi.....zoom....
Jap: Look ...look ...Toyota!! ...very fast!!!.... made in Japan!
Proton...no good.... made in Malaysia.
Driver: yah....
After a few minutes a Nissan overtook the taxi....zoom.
Jap: look.... look.... Nissan!!!..... very good!! very fast! made in
Japan!
Proton.... no good.... made in Malaysia
Driver: yah....yah...
After a few minutes a Honda overtook the taxi...zooom. !
Jap: look.... look... Honda!!.... very GOOD!!....very fast!!....made
in Japan! Proton...no good...made in Malaysia
Driver: yah...yah...yah....!
Arriving at the airport. Jap going to pay the taxi driver.
Jap: How much?
Driver: RM150/-
Jap: Oh... very expensive..... you overcharge!!
Driver: Noooo .... look .... look .... Sony meter!!....very
good!!....very fast!.... Made in Japan
Posted by great_teacher at 10:44 PM 0 comments
Labels: Tentang Dunia
Sunday, July 26, 2009
Fakta Menarik
1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..
2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.
3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!!Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.
4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.
5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.
6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..
7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya
tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.
8. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby'.
9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana mangsa berada.
10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkanberus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas.
11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321.
12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.
13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.
14. Adalah mustahil jika anda bersin tapa memejamkan mata.
15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.
16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.
17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.
18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.
19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.
20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.
21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.
22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.
23. Terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk penduduknya.
24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.
25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun
kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.
26. Leonardo da Vinci jugamencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk
bahagian bibirnya sahaja)
27. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat
menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita.
Posted by great_teacher at 9:58 AM 0 comments
Labels: Tentang Dunia
Saturday, July 25, 2009
One Piece...

Sinopsis:
Menceritakan mengenai Monkey D. Luffy yang berangan-angan untuk mendapatkan harta karun yang dikenali sebagai ONE PIECE dan menjadi Pirate King. Dengan Kuasa Buah Ajaib yang dimakannya dia mengalahkan lanun lain dan mencari crew bagi meneruskan pengembaraannya di laut.[Grand Line].....
Info
Genre : Action, Adventure, Comedy, Fantasy
Language: Japanese
Sub : English
Fansub Group : Kaizoku Fansubs, ADC-Elites, Vegapunk, Instantz Noob Production
Format : rmvb [MQ]
Size : 50-70 MB
Total Number of Episodes: Unknown/Ongoing


Ni anime kegemaran aku..kalu sape2 yg berminat nak mengikuti perkembangan one piece, leh la tgk kat link manga one piece kat sebelah tu n bagi sape2 yg nak dowdload cite,ada disediakan gak kat citu..btol2 best anime ni..
Posted by great_teacher at 7:01 AM 0 comments
Labels: Tentang Dunia





