BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS �

Wednesday, September 16, 2009

Entry untuk hari ini....

Hari ini aku nak kongsi satu cerita suka2 sebab bosan sangat2 ni...Bila baca ni, terpikir gak betul ke semua ni berlaku antara anak dan mak.Adakah anak2 zaman sekarang sudah pandai berfikir seperti itu?Tapi apa yang aku belajar, budak2 akan ikut jer pe yang mak ayah dia ajar@cakap..So jadilah mak@ayah yang baik2 ye..kepada yang berkenaan...

Pada satu petang, si ibu membawa anaknye berusia 4 thn bersiar2.Menaiki kete.
Dlm perjalanan si ibu membunyikan hon.
Anak : Naper ibu bunyikan hon & saper org tu?
Ibu : Tu sedara kiter, kenalah hormat.
Dlm perjalanan mereka seterusnya mereka terserempak dgn seekor lembu yg
nak melintas lalu si ibu membunyikan hon.
Anak : Itupun sedara kiter jugak ke???


Saturday, September 12, 2009

Kerana Sehelai Bulu Mata

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuatmaksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit dan bumi, sungguh
tidak benar. saya x pernah melakukan perkara itu..."
"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa "

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yang ada. Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja." Jawab malaikat, "Inilah saksi-saksimu....."
Tiba2 mata berbicara, "Saya yg memandang,"
disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu"
Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium"
Bibir pun mengaku, "Saya yg merayu" Lidah menambah dengan berani, "Saya yang menjilat dan menghisap" Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas" Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu". "Kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, " Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini." Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata". "Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalannya." Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:
"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."

Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan

Oleh:-

Zaharuddin Abd Rahman



Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.


Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan :-

ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

17 Oktober 2006

( Ulang siar pada 11 Sept 07 )

(Ulang siar pada 31 Ogos 2008 )

Tuesday, September 8, 2009

Kenangan Kem Jati Diri Smach 09

Kepada semua sahabat2 yang terlibat dalam Kem Jati Diri Smach 09,aku dah buat sedikit video sebagai kenang-kenangan kita bersama semasa program tu.Tapi aku ingin memohon maaf kalau video ni hanya simple sahaja dan hanya ada sedikit gambar jer.Sebab pada hari last tu aku dah tak der..Sama2 kita jadikannya sebagai kenangan bersama..



Tuesday, August 18, 2009

H1N1 sudah lama ada penawarnya...


Saya mendapat pandangan daripada kawan-kawan tentang "penawar alami "atau penawar semulajadi dalam menghadapi wabak selsema b@b!.
Mari kita kembali kepada herba dan semulajadi.Ada baiknya kita baca nasihat kawan saya ini dulu sebelum kita mencebik bibir.
Tapi sebelum itu......jika dizaman para rasul dan nabi dahulu,apabila Allah murka dengan satu-satu kaum,maka ditunjukkannya melalui mukjizat para rasul seperti manusia ditukar menjadi b@b!,monyet dan sebagainya.Tetapi mungkin diakhir zaman ini apabila Allah murka dengan keangkuhan dan kejahatan kaum akhir zaman ini maka dicampakkannya penyakit-penyakit dari haiwan-haiwan tersebut keatas manusia.Lalu merebaklah ia sebagai satu wabak atau bala..fikir- fikirkan. .(kepada orang islam mungkin dijadikan oleh Allah sebagai peringatan dsbnya)
Dan apabila satu-satu bala itu turun,maka seluruh manusia akan turut merasai bahananya.Manusia menjadi cemas dan panik bagai tiada jalan keluar terutama bagi golongan yang tidak beriman.
Sebagai muslim yang beriman dengan keadilan Allah kita tidak perlu panik kerana Allah telah berjanji di dalam al Quran bahawa setiap penyakit ada ubat dan penawarnya kecuali maut.
Marilah kita fikirkan nasihat dari dari sahabat saya ini ..

Allah Swt telah mencipta manusia dengan bekalan tahanan diri untuk hidup sihat di muka bumi ini. Setiap penyakit insyaAllah ada penawarnya. Penawar terbaik ialah dari bahan sumber susu dan tumbuhan di sekeliling kita. Sumber ini mestilah mentah (raw) tanpa diproses, kerana pemprosesan seperti steril dan mecantikkan produk menghapus zat semula jadi makanan berkenaan.

H1N1 ialah serangan virus. Maka penawar yang perlu dicari ialah bersifat anti-viral. Virus hidup dalam keadaan asidik, oleh itu kurangkan karbohidrat dan banyakkan jus sayuran dan buahan yang bersifat alkali.

Disini saya ingin memberikan beberapa berita penawar alami yang saya terima dari rakan-rakan yang telah mengalami atau ada kenalan yang menghidapi H1N1.


1. Gabungan habatus sauda dan bawang putih. Kedua-dua bahan ini merupakan anti-viral dan antibiotik alami. Gabungan HS dan BP akan memberikan kesan penyerapan ke sistem imun kiga 10 kali ganda jika diambil berasingan.

2. Minyak kelapa dara (virgin coconut oil – VCO) ialah anti-viral yang sangat menakjubkan. Ia boleh diberi kepada bayi yang berusia 4 bulan ke atas. Sukatannya orang dewasa 3 sudu makan sehari. Untuk bayi bolehlah diberi 1/2 sudu teh 3 kali sehari.

3. Herba jintan putih jika dibuat teh minuman, digunakan sejak beribu tahun untuk menyembuh selsema dan demam. Mungkin juga boleh digunakan untuk menangani H1N1.

4. Buah epal hijau 6 biji sehari serta buah-buahan lain yang kaya vitamin C dan antioksiden seperti jambu batu, oren, roselle dan sebagainya. Epal mempunyai kesan alkali membunuh virus, sifat sedatif, membantu pemulihan luka, menghalang sembelit (banyak fiber), sumber tenaga dari gula yang mudah serap, pektin dalam fiber terlarut membantu dalam mengurangkan LDL dalam kolesterol, bersifat isotonik membantu hidrasi dan bersifat laksatrif.

5. Air kelapa muda yang kaya dengan nutrien minerals merupakan minuman isotonik alami dan juga bersifat antiviral. Buah tamar mempunyai kesan tonik, mudah dihadam dan memberi tenaga dan menyah toksid. Penawar gabungan dua bahan ini diamalkan di Thailand dengan jayanya. Buah tamar direndam dalam air kelapa muda selama 1 hingga 2 jam sebelum diminum dan dimakan.

Wallahuaklam. .

**petikan dari jiwang.com

Beauty of Math

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Brilliant, isn't it?

And look at this symmetry:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321

Now, take a look at this...

101%

From a strictly mathematical viewpoint:

What Equals 100%?

What does it mean to give MORE than 100%?

Ever wonder about those people who say they are giving more than 100%?

We have all been in situations where someone wants you to GIVE OVER 100%.

How about ACHIEVING 101%?

What equals 100% in life?

Here's a little mathematical formula that might help answer these questions:

If:

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Is represented as:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

If:

H-A-R-D-W-O-R- K
8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

And:

K-N-O-W-L-E-D-G-E
11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%

But:

A-T-T-I-T-U-D-E
1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

THEN,

look how far the love of God will take you:

L-O-V-E-O-F-G-O-D
12+15+22+5+15+6+7+15+4 = 101%

Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:
While Hard Work and Knowledge will get you close,
and Attitude will get you there,
It's the Love of God that will put you over the top!

Sunday, August 16, 2009

Revolusi Ubat Gigi Darlie



Moral of the Stories : Biar kulit gelap asalkan gigi putih! dan jangan bersikap perkauman!