BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, August 15, 2009

KiSaH BeRmuLa DiSinI...

Disini aku nak kongsi dengan semua tentang kisah aku, bagaimana aku melibatkan diri dalam arena hoki. Hoki ni sebenarnya hobi aku.Tiap2 petang aku akan turun padang maen hoki dengan kawan2 n dengan team aku..

Kisah bermula disini. Petang tu aku masih ingat lagi,masa darjah 6 lepas Kejohanan Olahraga tahunan peringkat sekolah, ckgu sains(ntah aku xingat dah nama dia) ajak sape2 yang berminat nak maen hoki pukul 5 kat padang sekolah. Jadi aku dengan kawan2 aku beramai2(seingat aku lam belas2 gak la) trun la kat padang sekolah. Cikgu kata keesokan hari akan ader pertandingan hoki peringkat cawangan To'Uban. Dengan xtau pape, dalam masa sehari, kami pun training la.Petang tu macam2 cikgu ajar. Ye la,semua xtau pape.Petang tu cikgu aku pilih aku sbg kapten.nak tau sebab per.Sebabnya mase training tu aku dapat jaringkan gol.Padahal bola reflect dari kawan aku jer..aku jadi penyerang masa tu.tu la posisi pertama yang aku maen.

Keesokan harinya, disebabkan petang tu kami dah ada match, so pagi tu kami training gak la. Mase tu gak cikgu ajar penalti corner.Mase tu aku xtau paper pun pasal penalti corner. Maen jer..Petang tu kami pun bertanding la.Maen dengan seadanya.Alhamdulillah kami dapat gak nombor.3 daripada 3.hehehe..

Kisah ni bersambung plak masa aku masuk S.M Sains Machang.Disinilah bakat aku mula berkembang. Aku mula bermain masa form 2.Cikgu yang paling banyak berjasa ialah Cikgu Ghazali a.k.a Cikgu GZ(Cikgu Math).Dia lah coach yg aku admire.Perwatakannya bese jer.Tegas yang paling penting.Posisi yang aku maen mase ni ialah pertahan.Mase form 3 aku dapat wakil sekolah dan daerah.Mase tu nyaris2 dah aku nak dapat select negeri tapi ader aku diserang penyakit dan terpaksa terlantar di hospital selama 2 minggu.Mase form 4 plak aku hanya dapat wakil sekolah jer dan mase form 5 aku dapat wakil sekolah dan daerah..


Stick pertama skali aku pakai Grays Performa harga RM50

Banyak kengan manis aku kat S.M sains Machang.Team kami telah menjadi johan daerah 3 tahun berturut2 walaupun kami satu daerah dengan sekolah hamzah,sekolah projek hoki kelantan.Antara pencapaian terbaek kami 2003 naib johan kelantan,2004 johan kelantan dan 2005 johan kelantan.Antara rakan seperjuanganku Hakim,Hazim keeper,Pok Ok, Gujit, Jiro, dan ramai lagi.Diorang ni star2 suma.Siap wakil Malaysia lagi..


Johan hoki MSSM Negeri Kelantan 2005

Seterusnya bersambung di IPGM Kampus Sultan Mizan.Kerjaya sepenuhnya bermula disini.Team first aku terdiri daripada Pok Yoh, Raja, Biskut, The, Nik, Afnan, Fahmi, dan lain2 lagi.Ramai nak tulis.Kejohanan pertama kami ialah Piala Parlimen kat Kuala Terengganu pada sem 1 2006.Selepas itu, bermacam-macam kejohanan kami masuk antaranya Terbuka Kelantan, Terbuka Besut, Open Penang, KAGUM 07, KAGUM 09,Night City Games dan banyak lagi..Coach kami ialah En Lokman Saadon,pensyarah jabatan pj merangkap warden blok b.Dengan adanya dia,permainan kami semakin meningkat.En Lokman ni xajar pun kitaorang tapi dia lebih dedahkan kami pada permainan.Macam2 match kami masuk tambah dengan friendly lagi.Sebab tu team kami sangat serasi.Sorang2 ader gaya maen.Biskut ngn gaya menggelecek dia, Nan dengan gaya acah dia, The dengan gaya banyak lari, pok yoh dengan gaya lembut dia, raja dengan gaya tarik bola dan aku dengan gaya jab..sebab tu la tangan aku jadi cam macam ni skarang.hahaha..Skrang ni team ni ader 1 lagi yang ingin dicapai iaitudapat maen SIPMA.Aku harap sape2 yg dapat tu, maen la sungguh2 sebab ni la pencapaian plng tinggi yang kita akan dapat....Semoga selepas ni team Hoki IPGM KSM akan menjadi team yang digeruni lawan..


Wakil kelas Math pada Kejohanan Piala Tuan Haji Othman


Night City Games Terengganu


Aku vs hoki


Team KAGUM 09 IPGM KSM

1 comments:

Mr_17 said...

ia lah coach yg aku admire....wei, mu minat laki ker?