BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, November 14, 2009

Kisah Jam Tangan


Sem ni aku telah beli jam baru setelah beberapa jam yang aku beli dah rosak..mmg patut rosak pun.jam murah..ni aku beli yang mahal terus.arap2 la pasni dah tak rosak dah. Ni aku nak kongsi 1 cite tentang jam tangan....
.............
.............
.............

Seorang pemuda sedang dalam perjalanannya kembali ke Kuala Lumpur menaiki keretapi Mel-malam. Antara penumpang yang ramai ada seorang tua yang duduk disebelahya. Setelah lama berdiam diri, sambil menguap si pemuda bertanya kepada orang tua tersebut, " Pakcik, pukul berapa sekarang?"

Sebuah pertanyaan yang biasa, yang kadangkala kita tujukan kepada sesiapa pun. Dan selalunya kita akan mendapat jawapan. Namun kali ini sungguh diluar dugaan, orang tua tadi berdiam diri sahaja. Mungkin orang tua ini kurang pendengaran, berkata pemuda tersebut dalam hatinya. Dia mengulangi pertanyaan sampai 3 kali. Namun orang tua itu tetap berdiam diri tanpa sebarang riak dari wajahnya.

Pemuda tersebut mencuit orang tua tersebut dan berkata, "Saya hairan mengapa pakcik tidak menjawap pertanyaan saya? Salahkah saya bertanya?"

Orang tua itu menoleh sambil berkata, "Bukannya saya tidak mahu menjawap, tapi nanti kalau saya jawap, kita pasti akan bersoal jawap mengenai soal ini soal itu, dan akhirnya kita akan bertambah mesra." Si pemuda termangu mendengar ceramah orang tua itu.Terus dia bertanya lagi, "Lalu apa salahnya kalau kita menjadi lebih mesra?"

Orang tua itu berkata lagi, "Apabila kita bertambah mesra ketika anak gadis dan isteri saya menjemput saya di Kuala Lumpur, nanti kita akan turun bersama-sama. Dan saya pasti mengenalkan mereka kepada kamu."

Si pemuda itu tambah bingung dan tidak tentu arah. "Kemudian?" tanyanya lagi."Isteri saya orangnya baik sekali kepada semua orang, takut nanti dia mempelawa anda ke rumah. Nanti kamu akan mandi dan berehat di rumah saya,dan juga akan kami jamu di rumah saya. Setelah itu kamu boleh menjadi rapat dengan anak gadis saya dan kamu akan menjadi teman lelaki anak saya. Lama-lama kamu akan menjadi menantu saya," katanya lagi.

Si pemuda yang tadi sudah bingung sekarang semakin bingung.Terus dia bertanya, "Pakcik, apakah hubungannya semua ini dengan pertanyaan saya yang pertama? Sambil berdiri orang tua tersebut menjawap dengan lantang,

"Masalahnya?,

SAYA TIDAK MAHU MEMPUNYAI MENANTU SEPERTI KAMU. JAM TANGAN PUN TAKDERRR!"

1 comments:

Mr_17 said...

mane la mu petik citer ni....boleh thn bangang gk pak cik 2...ke mu pak cik 2?????