BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 21, 2009

Dugaan yg sedikit akan diganti dengan nikmat yg lebih besar..

Dugaan...dugaan..
suma org akan melalui suma tu.aku pun samer la..pada 8/9/09 tarikh yg akan aku ingat sampai bila2..sejak aku maen hoki bertahun ni,ni la injured yg teruk aku dapat.tapi ni mujur la ckit jer.syukur alhamdulillah..tapi dgn kecederaan ni,impian aku yg aku simpan selama ni,selapas latihan bersungguh2 aku slama ni,nampaknya akan terkubur la.tapi aku sangat berharap keajaiban akan berlaku nanti.insyaAllah.same2 kita doakan.doakan aku sembuh gak ye..

"Ya Allah,sihatkanlah tubuh badanku,Ya Allah,sihatkanlah penglihatanku,Ya Allah,sihatkanlah pendengaranku"

Dugaan ni akan aku terima seadanya.Aku yakin padaMu Ya Allah.Engkau akan menggantikannya dengan yg lebih baik lagi.Mase aku datang cini,bawak keta sorang2 dengan injured ni, aku tlh mendengar 1 tazkirah dari IKIM.fm berkenaan dengan dugaan.tajuk dia lebih kurang Allah akan menggantikan pe yg kita hilang tu dengan yg lebih baik.Tazkirah ni dari buku La Tahzan.Sempena Israk Mikraj,uztaz tu kaitkan tajuk ni dengan pe yg berlaku kat Rasulullah S.A.W.Mase tahun Israk Mikraj, tahun tu digelar tahun kesedihan bagi Rasulullah.Baginda telah kehilangan isteri Siti Khadijah dan bapa saudara Abu Talib.Bagi mengurangkan kesedihan baginda,Allah S.W.T telah mengangkat memperjalankan baginda dari Masjidil Haram ke Masjid Al Aqso lalu diangkat ke Siratul Mumtaha.Kita dapat tgk disini kehilangan baginda digantikan dengan perkra yg lbh besar lagi iaitu Israk Mikraj. Pada masa ni gak Baginda telah menerima perintah dari Allah S.W.T solat lima waktu yg kita kerjakan sekarang.tu serba sedikit berkaitan pe yg aku dengar dari ustaz tu..





Berbalik pe yg berlaku padaku, aku refleksikan diri aku.Aku yakin pasti akan ader yg lebih besar lagi akan digantikan oleh Allah S.W.T. Aku juga bersyukur sebab dengan per yg berlaku ni sebab dgn ujian ni akan menghapuskan dosa2 aku yg sememangnya hina ini. Aku teringat satu hadith
"Daripada Abu Said al-khudri r.a dan Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W bersabda:'Tidak menimpa seorang mukmin suatu penyakit yg berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan dan kesedihan malahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya.'
Hadith riwayat al-Bukhari dam Muslim.

Same2 kita renungkan....