BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, November 12, 2009

Pasangan Hidup


Pernahkah anda terfikir, mengapa kita sebagai manusia sangat mementingkan soal pasangan hidup? Apatah lagi semasa single, kita mula merasakan bahawa mempunyai pasangan merupakan satu keharusan. Lebih-lebih lagi apabila mempunyai pasangan, dunia ini kita yang punya. Sangat indah dan berbunga-bunga, tidak peduli apa orang lain nak kata, yang penting bersama pasangan.

Akan tetapi, apabila kita putus cinta, sebaliknya pula. Dunia rasa gelap, hidup segan mati tak mahu. Bagaikan dihiris sembilu dan ditujah pisau di dalam dada. Sampai ada yang sanggup bunuh diri. Kes seperti ini boleh berlanjutan sehingga berbulan-bulan lamanya. Bahkan bertahun, sehingga ada yang menubuhkan satu group Anti Lelaki atau Anti Perempuan.

Kalau diadakan sebuah portal atau survey di dalam masalah pasangan hidup, saya yakin bahawa hampir semua yang mengetahuinya ingin menempatkan masalah pasangan hidup di dalamnya. Walaupun ada tempat untuk mengadu, akan tetapi ramai yang malu. Cuba tanya kepada sesiapa sahaja, hampir semua mengatakan di dalam kamus hidupnya ada masalah ini yang tersimpan untuk tatapan diri sendiri. Bermula dari masalah bagaimana mencari yang sesuai, membuat pilihan sehinggalah memiliki pasangan hidup.

Apakah ini hasil dari peningkatan hidup dan arus kemodenan masa kini? Atau memang ini lumrah manusia? Atau memang telah ditetapkan olehNYA? Wallahualam.

Jom lihat sejarah asal-usul pasangan hidup :

1. Ketika Allah menciptakan dunia beserta isinya, DIA selalu berkata bahawa hasil ciptaanNYA itu ‘baik

“Allah melihat bahwa terang itu baik, lalu dipisahkan-Nyalah terang itu dari gelap”

“Lalu Allah menamai yang kering itu darat, dan kumpulan air itu dinamai-Nya laut. Allah melihat bahwa semuanya itu baik

“Tanah itu menumbuhkan tunas-tunas muda, segala jenis tumbuh-tumbuhan yang berbiji dan segala jenis pohon-pohonan yang menghasilkan buah yang berbiji. Allah melihat bahwa semuanya itu baik

“dan untuk menguasai siang dan malam, dan untuk memisahkan terang dari gelap. Allah melihat bahwa semuanya itu baik

“Maka Allah menciptakan binatang-binatang laut yang besar dan segala jenis makhluk hidup yang bergerak, yang berkeriapan dalam air, dan segala jenis burung yang bersayap. Allah melihat bahwa semuanya itu baik

“Allah menjadikan segala jenis binatang liar dan segala jenis ternak dan segala jenis binatang melata di muka bumi. Allah melihat bahwa semuanya itu baik

“Maka Allah melihat segala yang dijadikan-Nya itu, sungguh amat baik. Jadilah petang dan jadilah pagi, itulah hari keenam”

2. Hanya dalam satu hal sahaja Allah berkata sesuatu itu tidak baik. Iaitu waktu IA melihat bahawa manusia yang diciptakanNYA itu sendiri

Allah berfirman: “Tidak baik, kalau manusia itu seorang diri saja. Aku akan menjadikan penolong baginya, yang sepadan dengan dia.”

3. Diciptakanlah perempuan, sebagai ‘penolong yang sepadan’. Sejak itu, Allah menganggap pernikahan adalah hal yang serius dan mereka menjadi satu daging (asal-usul bermulanya hubungan seksual suami-isteri).

“Sebab itu seorang laki-laki akan meninggalkan ayahnya dan ibunya dan bersatu dengan isterinya, sehingga keduanya menjadi satu daging”

Seperti dalam firmanNYA, hubungan suami-isteri adalah sesuatu yang Tuhan ciptakan dan merupakan sesuatu yang indah (hubungan seksual suami-isteri).

Selama ini, kita selalu memikirkan bagaimana mencari pasangan hidup? Siapa yang sesuai dengan kita? Apatah lagi hubungan seksual juga menjadi sebahagian besar kehidupan manusia. Masalahnya, kenapa hari ini kita sering mendengar perkara-perkara yang berbeza dengan apa yang difikirkan? Bahkan suami-isteri sering bergaduh dan penceraian berlaku secara meluas tanpa memikirkan kesan dan akibatnya. Hubungan seksual juga disalahgunakan. Kejadian-kejadian rogol dan raba sering dilaporkan.

Sayangnya, manusia merosakkan segalanya. Dunia pertama kali diciptakan dalam keadaan sempurna! Tidak ada penderitaan, fitnah, luka ataupun penderitaan lainnya yang kita alami pada saat ini. Lalu, apa yang membuat dunia ini berubah? Apakah kerana manusia mulai melakukan hubungan seksual? Kerana makan buah epal terlarang? Atau kerana telah ditetapkan?

Daripada membuat cerita mengapa ini terjadi dan mengapa itu terjadi, baik kita lihat firmanNYA. Menurut firmanNYA, “manusia memutuskan untuk tidak mengikuti peraturan Allah” ini kerana manusia telah melanggar perintah pertamanya, firmanNYA “janganlah kau makan buahnya, sebab pada hari engkau memakannya, pastilah engkau mati” tetapi diingkari peraturan itu dan dilanggarnya. Jadi jangan pelik, kenapa ini-itu berlaku. Telah diingatkan dari awal kejadian.

“Karena itu Allah menyerahkan mereka kepada hawa nafsu yang memalukan, sebab isteri-isteri mereka menggantikan persetubuhan yang wajar dengan yang tak wajar”

“Demikian juga suami-suami meninggalkan persetubuhan yang wajar dengan isteri mereka dan menyala-nyala dalam berahi mereka seorang terhadap yang lain, sehingga mereka melakukan perkara sumbang, lelaki dengan lelaki, dan karena itu mereka menerima dalam diri mereka balasan yang setimpal untuk kesesatan mereka”

Lalu, apakah tujuan pernikahan itu setelah apa yang terjadi hari ini?

Kesimpulannya, langsungnya pernikahan atau tidak bukanlah persoalannya, akan tetapi cara bagaimana kita menjalankan kewajipan kita sebagai manusia untuk taat padaNYA.

Sekiranya ada kesilapan atau percanggahan pendapat, hendaklah ajukan terus disini untuk tujuan penambahbaikan atau terus diajukan kepada alim ulama yang berdekatan dengan anda. Tujuannya tak nak ada yang salah faham.

Wallahualam.

0 comments: